Thursday 23 April 2015

Enjin Mati Ketika Diguna Setiap 10 minit

'Enjin Mati Ketika Diguna Setiap 10 minit'

Masalah Anda :

SAYA menggunakan Jaguh Modenas (2001) terpakai yang dibeli setahun lalu. Masalah saya ialah enjin Jaguh berkenaan sering mati ketika digunakan setiap 10 minit. Ianya hidup kembali setelah ‘reset’ atau ‘On-0ff’ kunci.

Saya menghabiskan banyak wang membeli dan menukar alat ganti untuk mengatasi masalah ini namun ia masih belum dapat diatasi.

Untuk pengetahuan tuan, saya sudah servis motosikal itu termasuk mencuci karburetor dan tukar minyak hitam.

Jawapan :
MELIHAT kepada peralatan yang ditukar, rasanya semua punca masalah sudah ditangani dan sepatutnya masalah itu dapat diselesaikan.

Kerosakan bahagian elektrikal memang sukar dikesan kerana tidak terdapat tanda kerosakan yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan enjin mati selalunya terjadi disebabkan kegagalan komponen yang menyimpan dan membekalkan bekalan elektrik secara terkawal dan ianya gagal apabila sudah panas.

Begitu juga dengan gegelung atau koil utama yang membekalkan elektrik kepada palam pencucuh.

Ia mungkin disebabkan sambungan wayar terhakis atau berkarat dan gagal apabila panas. Selalunya di bahagian suis atau wayar pematian enjin yang tidak baik sambungannya kepada pembumi atau “earth”.

Hanya pengesanan caj elektrik menggunakan meter voltan atau volt meter membantu mengesan masalah ini.

Pengesanan masalah memerlukan gambaran sebenar bagaimana enjin mati secara terperinci, sama ada sewaktu enjin panas atau ia semput sebelum mati atau terus mati tanpa amaran.

Tidak menghairankan jika masalah ini berpunca hanya kerana perkara kecil saja seperti sambungan wayar yang tidak rapat.

Elakkan mengeluarkan belanja besar dengan meminta pandangan kedua dari tempat lain. Jika satu kedai itu tidak dapat menyelesaikan masalah anda kerana kadangkala penukaran atau pembukaan lebih banyak komponen menambah masalah dihadapi kerana terlalu banyak komponen diusik.

LikeTweet

0 comments:

Post a Comment