Thursday 23 April 2015

Jenis - Jenis Enjin

'Jenis - Jenis Enjin'

Enjin menyediakan kuasa untuk memacu roda kenderaan.Semua enjin automobil, samada petrol atau diesel dikelaskan sebagai enjin pembakaran dalam kerana proses pembakaran yang menjana tenaga berlaku di dalam enjin.
ENJIN PETROL
  1. Di dalam enjin petrol, bahan api dan udara telah di campur lebih awal di karburetor.Karburetor terletak diluar silinder enjin.
  2. Campuran udara dan bahan api disalurkan ke silinder enjin melalui pancarongga masuk dan injap masuk ke ruang pembakaran.
  3. Di dalam ruang pembakaran, campuran bahan api dan udara dimampatkan Selepas itu, campuran bahan api dan udara yang termampat tadi dicucuh oleh palam pencucuh.
  4. Enjin petrol menggunakan bahan api petrol.

 Rajah : Sistem bahan api petrol

ENJIN DIESEL

1.    Enjin diesel, hanya udara dimampatkan sewaktu lejang mampatan.
2.    Pam pancitan akan mengawal kuantiti bahan api.
3.    Bahan api di hantar ke pemancit tekanan tinggi melalui paip tekanan tinggi dan disemburkan ke dalam ruang pembakaran.
4.    Semburan bahan api ini bercampur dengan udara panas lalu campuran ini tercucuh dan terbakar.          
5.    Enjin diesel menggunakan bahan api diesel.
Rajah : Sistem bahan api diesel.
PERBEZAAN ENJIN PETROL DAN ENJIN DIESEL
ENJIN  PETROL
ENJIN DIESEL
Bahan api petrol
Bahan api diesel
Menggunakan karburetor
Pam pemancit
Nyalaan palam pencucuh
Nyalaan haba mampatan
Tidak menggunakan palam pemanas
Menggunakan palam pemanas.
Suhu kerja rendah
Suhu kerja tinggi
Nisbah mampatan rendah
Nisbah mampatan tinggi
LikeTweet

0 comments:

Post a Comment