Thursday 23 April 2015

Sistem Penyalaan

'Sistem Penyalaan'

Sistem penyalaan membekalkan arus elektrik voltan tinggi  yang terhasil dari bahagian magneto kepada palam pencucuh melalui kabel tegangan tinggi untuk pembakaran campuran udara dan bahan api pada masa yang betul. Pusuan voltan tinggi menghasilkan percikan bunga api di celahan palam pencucuh untuk memulakan pembakaran campuran bahan api dan udara termampat dalam ruang pembakaran.
 
1.         Terdapat 4 jenis sistem nyalaan pada enjin pembakaran dalam.
a)         Sistem Penyalaan Bateri
b)         Sistem Penyalaan Magneto
c)         Sistem Penyalaan Transistor
d)         Sistem Penyalaan Nyahcas Kapasitor (Capasitor Discharge Ignition – CDI)
2.         Sistem Penyalaan Bateri
    • Sistem lazim yang mengawal proses penyalaan melalui sentuhan pemutus mekanikal dan dikenali sebagai sistem penyalaan gegelung.
    • Terdiri daripada bateri sebagai sumber tenaga, suis penyalaan, gelung penyalaan (untuk meninggikan voltan), pengagih (terangkum di dalamnya titik sesentuh, kondenser dan rotor), palam pencucuh dan pendawaian litar penyalaan. 

 

3.         Sistem Penyalaan Magneto

    • Merupakan sistem tanpa pengagih dan digunakan pada enjin 2-lejang dan 4-lejang pada motosikal dan enjin kecil.
    • Biasanya menggunakan satu set generator magnet  tetap disamping berfungsi sebagai roda tenaga.
    • Titik sesentuh berfungsi mengawal pengeluaran bunga api pada palam pencucuh. Kondenser berfungsi menyimpan voltan dan mencegah point  titik sesentuh terbakar.

 

4.         Sistem Penyalaan Transistor
    • Komponen yang terlibat ialah bateri, suis penyalaan, perintang balast, gegelung penyalaan, kekotak pemicu, palam pencucuh dan kabel voltan tinggi.
    • Sistem ini disesuaikan tanpa suis pemutus yang tidak mengalami kehausan mekanikal.

 

5.         Sistem Penyalaan Nyahcas Kapasitor (Capasitor Discharge Ignition– CDI )

    • Dalam aturan kelajuan tinggi, sistem nyahcas kapasitor menyediakan satu voltan pendua yang bernilai tinggi dan lebih tenaga penyalaan berbanding dengan penyalaan transistor.
    • Komponen yang terlibat ialah bateri, suis penyalaan, kotak pemicu, alatubah penyalaan, generator denyut jenis aruhan, pengagih penyalaan dan palam pencucuh.

 
 

6.         Komponen utama sistem penyalaan.
            a)         Palam pencucuh
Merupakan peralatan elektrik yang dipasang pada kepala silinder enjin petrol, berfungsi menghasilkan percikan bunga api bagi membakar campuran udara dan bahan api yang dimampat di dalam ruang pembakaran.
  

b)         Kabel voltan tinggi
Berfungsi mengalirkan voltan tinggi dari gelung penyalaan ke palam pencucuh.

c)         Gelung penyalaan
                   Berfungsi meninggikan voltan dan dialirkan ke palam pencucuh.
d)         Kondenser
Berfungsi untuk menyimpan arus elektrik buat sementara waktu, mempercepatkan keruntuhan dan pengembangan medan magnet dan mencegah titik sesentuh daripada terbakar.
            e)         Magnet kekal
Terletak pada bahagian dalam roda tenaga bagi mewujudkan medan magnet untuk menghasilkan voltan tinggi kepada palam pencucuh.
LikeTweet

0 comments:

Post a Comment