Thursday 23 April 2015

Sistem Pelinciran

'Sistem Pelinciran'

Fungsi Minyak Pelincir Enjin 

Fungsi minyak pelincir enjin adalah untuk melincirkan komponen enjin yang bergerak seperti aci sesondol, aci engkol, omboh, rod penyambung, pepasangan injap dan gear supaya pergerakan komponen ini berjalan lancar di samping mengurangkan kehausan komponen. Terdapat lima sifat utama yang perlu ada pada minyak pelincir enjin iaitu : 
  • Mempunyai darjah kelikatan yang sesuai.
  • Sebagai agen pembersihan dan pemindahan haba.
  • Tahan terhadap pengoksidaan dan pembentukan karbon.
  •  Sebagai pelindung daripada pengaratan.
  • Meminumumkan kehausan dan mengurangkan geseran di antara dua permukaan logam.
Aliran minyak pelincir enjin pada kenderaan


Jenis Minyak Pelincir Enjin

Terdapat 3 jenis minyak pelincir enjin yang biasa digunakan:



Jenis
Spesifikasi


Mineral (Regular)

Berasaskan petroleum. Mengandungi mineral seperti Ca, Mg dan Zn yang lebih mesra terhadap komponen enjin. Kos yang lebih murah.


Semi-sintetik (Premium)

Gabungan antara campuran 75% mineral dan 25% sintetik. Sesuai untuk semua jenis kenderaan lama dan baru.

Fully-Sintetik

Minyak daripada proses sistesis bahan kimia. Tahan teroksida. Tidak mempunyai karbon reaktif. Juga ditambahkan dengan diester sintetik yang berfungsi membersihkan sisa karbon (pembakaran). Enjin biasanya lebih bersih.
 

Apa Itu API dan SAE

API adalah American Petroleum Institute yang menetapkan piawaian minyak pelincir. API SL/CG ialah piawaian mutu pelincir bagi kenderaan berenjin petrol (SL) dan diesel (CG).

SAE ialah Society of Automotive Engineer yang menetapkan darjah kecairan minyak. SAE telah menetapkan darjah kelikatan (viscosity grade) sesuatu minyak pelincir kepada 11 kelas minyak :


Sebahagian minyak pelincir menpunyai bahan untuk rawatan logam (metal treatment) dan bahan-bahan penambah (additive).

Kelebihan Bahan Rawatan Logam
          Membentuk lapisan perlindungan pada permukaan logam.
          Menjadikan permukaan logam di dalam enjin kukuh dan licin.
          Dapat menampung tekanan dan geseran sekurang-kurangnya 5 kali ganda.
          Melindungi enjin walaupun sebelum dihidupkan.
          Melindungi komponen logam daripada kerosakan yang disebabkan oleh   
          kelembapan dan asid hidroklorik.


Fungsi rawatan logam



Bahan – Bahan Penambah (Additive)
Fungsi
Agen Antihaus
Untuk mencegah kehausan pada permukaan enjin yang bergesel.
Bahan Perencat Karat
Untuk menjaga permukaan enjin terhadap kesan asid.
Bahan Penggalak Alkalin
Untuk meneutralkan keadaan berasid dan meningkatkan kewujudan alkali dalam minyak enjin.
Bahan Pembersih
Untuk menghalang pembentukan gumpalan dalam bahagian enjin dan membawa gumpalan itu ke dalam penapis minyak.
Bahan Pengurai
Untuk menghalang kehausan permukaan dan mencegah pembentukan gumpalan.

 

Minyak yang tidak sesuai mungkin menyebabkan masalah – masalah berikut :


Masalah penggunaan minyak kurang berkualiti
Menghasilkan asap yang banyak akibat pembakaran yang tidak lengkap.
Penggunaan minyak petrol meningkat.
Penggunaan minyak yang kurang berkualiti secara berterusan mengakibatkan jangka hayat enjin menjadi singkat.
Molekul hidrokarbon (hasil dari pembakaran petrol) masuk ke enjin dan menghasilkan karat pada bahagian enjin.
Asid (hasil dari pembakaran petrol) mempercepatkan proses kehausan permukaan logam.

LikeTweet

0 comments:

Post a Comment