Thursday 23 April 2015

Palam Pencucuh Cepat Hitam

'Palam Pencucuh Cepat Hitam'

Masalah Anda :

SAYA menggunakan motosikal Yamaha Virago 535 setiap hari ke tempat kerja. Masalah dihadapi saya terpaksa menukar palam pencucuh motosikal seminggu sekali disebabkan ia cepat hitam atau terbakar.

Saya sudah mencuba pelbagai jenis palam pencucuh, dari NGK BP6ES hingga BP9ES. Tetapi hasilnya sama saja. Motosikal saya semput selepas seminggu menukar palam pencucuhdan. Apa masalah sebenarnya?

Jawapan :

PALAM pencucuh yang hitam membayangkan campuran bahan api motosikal anda terlalu mewah. Secara lazimnya ia adalah kerana penalaan karburetor anda kurang tepat dan tidak harus dilupakan bahawa ia boleh disebabkan penapis udara tersumbat.

Ia menyebabkan kurang udara memasuki karburetor dan menyebabkan lebih bahan api yang masuk sewaktu proses campuran bahan api.

Ia seumpama menunggang motosikal dengan pencekik atau “choke” ditarik sedikit. Palam pencucuh biasanya mampu memberikan gambaran perjalanan enjin dan warna kehitaman jelas menunjukkan ada yang tidak kena.

Untuk Virago yang menggunakan karburetor SU harus diperiksa diafram sama ada masih berkeadaan elok atau sudah bocor.

Ini kerana memberi kesan kepada kelancaran karburetor yang memberi kesan kepada hasil campuran bahan api oleh karburetor. Tukar nombor palam pencucuh hanya jika ia terlalu panas (warna keputihan) atau sejuk (palam pencucuh basah). Palam pencucuh yang hitam tidak boleh diselesaikan dengan penukaran julat haba.

LikeTweet

0 comments:

Post a Comment