Masalah Anda :
SAYA menggunakan motosikal Yamaha Virago 535 yang berusia hampir 10 tahun. Sejak kebelakangan ini saya menghadapi masalah bateri hilang kuasa. Selepas perjalanan jauh dan apabila enjin dimatikan ia sukar untuk dihidupkan. Saya pernah menukarkan rectifier dan masalah berkenaan masih berlaku.
Masalah kedua, selepas lama bergerak satu jam ‘idling’ motosikal menjadi tidak menentu dan enjin hendak mati. Keadaan ini kerap berlaku ketika berhenti di lampu isyarat. Kadang kala ketika bergerak, ketika pendikit dibuka enjin seperti semput. Ia berlaku terutama ketika cuaca panas.
ADA kemungkinan bateri anda sudah berusia dan tidak mampu menampung caj elektrik. Bateri yang lemah dan sampai ke penghujung hayatnya mungkin tidak mampu memberikan keluaran kuasa mencukupi untuk memutar enjin dengan laju bagi menghidupkan enjin pada waktu pagi.
Jangka hayat bateri biasanya selama dua tahun saja. Air bateri kurang menyebabkan penurunan voltan. Jika bateri masih baru, mungkin sistem mengecas semula mempunyai masalah. Tahap mengecas yang baik bagi motosikal sistem 12V ialah antara 13.5 hingga 15.5V.
Periksa tahap mengecas anda menggunakan volt meter sewaktu enjin hidup.
Masalah enjin melahu tidak menentu bagi Virago selalunya dikaitkan dengan bahagian getah karburetor SU. Buka dan periksa kepingan getah bulat terpasang pada omboh karburetor. Jika getah itu sudah keras atau bocor, tukar dengan yang baru dan tala semula karburetor anda.
0 comments:
Post a Comment