Thursday, 23 April 2015

Enjin Bergegar Ketika Memecut

'Enjin Bergegar Ketika Memecut'

Masalah Anda :

SAYA menggunakan motosikal Yamaha Lagenda 110. Masalah dihadapi apabila memecut antara kelajuan 80 hingga 100km/j enjin bergegar kuat .

Jawapan :

SELALUNYA ketika enjin beroperasi gegaran berlaku, ia disebabkan tahap melahu (idle) enjin terlalu rendah. Bergantung kepada apa yang anda maksudkan dengan pelarasan penurunan timing yang mengakibatkan kurangnya gegaran mungkin membayangkan timing enjin anda terlalu lambat (retarded).

Ia juga menyebabkan pemasaan percikan api di palam pencucuh lambat dan tidak menepati tahap diperlukan. Ini menyebabkan operasi enjin tidak lancar.

Gegaran ini hilang apabila pendikit dipulas kerana rpm enjin meningkat. Timing perlu dibuat dengan tepat untuk memastikan enjin berada dalam keadaan optima.

Masalah gegaran perlu dikaji daripada pelbagai aspek, sama ada gegaran datangnya dari enjin atau roda motosikal.

Gegaran enjin lazimnya menjadi lebih ketara apabila kita melebihi sesuatu tahap rpm iaitu menjadi lebih teruk apabila melepasi tahap berkenaan.

Gegaran dari roda kadangkala seperti hilang apabila kita memandu laju, contohnya gegaran yang anda alami pada 80km/j hilang apabila melepasi 85km/j.

Gegaran roda ini boleh diatasi dengan melakukan imbangan tayar untuk memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau rim tayar bengkok.

Gegaran enjin pula membayangkan tahap kehausan komponen enjin yang melebihi tahap kelegaan dibenarkan dan mungkin enjin memerlukan baik pulih (overhaul).

Ini kerana enjin haus dan bergetar apabila beroperasi dan menyebabkan gegaran. Punca gegaran enjin ini boleh datang daripada kehausan pelbagai bahagian enjin, sama ada dari piston, gegalas utama dan mungkin dari bahagian klac.

LikeTweet

Related Posts:

  • YAMAHA 135LC - Servis Manual'YAMAHA 135LC - Servis Manual' Yamaha LC135 Servis Manual … Read More
  • Sistem Pelinciran'Sistem Pelinciran' Fungsi Minyak Pelincir Enjin  Fungsi minyak pelincir enjin adalah untuk melincirkan komponen enjin yang bergerak seperti … Read More
  • Semput Guna Ekzos Baru'Semput Guna Ekzos Baru' Masalah Anda : BARU-BARU ini saya menukar sistem ekzos motosikal kepada ekzos untuk perlumbaan. Saya menghadapi masalah… Read More
  • Sistem Brek Motosikal'Sistem Brek Motosikal' Sistem Brek yang dipasang pada motosikal adalah bertujuan untuk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan daripada ter… Read More
  • Palam Pencucuh Cepat Hitam'Palam Pencucuh Cepat Hitam' Masalah Anda : SAYA menggunakan motosikal Yamaha Virago 535 setiap hari ke tempat kerja. Masalah dihadapi saya terp… Read More

0 comments:

Post a Comment