Thursday, 23 April 2015

Kendalian Enjin 2 Lejang

'Kendalian Enjin 2 Lejang'

  • Enjin dua lejang lejang biasanya digunakan untuk jentera ringan seperti motosikal, gergaji bermotor (chain saw) dan mesin rumput (brush cutter).
  • Enjin dua lejang ini memerlukan hanya dua lejang piston atau satu pusingan aci engkol untuk menyempurnakan semua empat kendalian – masukan, mampatan, kuasa dan ekzos.
  • Rekabentuk enjin dua lejang lebih mudah dan ringan kerana ia tidak menggunakan rangkaian injap sebaliknya ia menggunakan liang–liang. 
  • Terdapat tiga liang utama dalam enjin dua lejang iaitu liang masukan, liang ekzos dan liang pemindah. 
  • Omboh dikendali dari TTA ke  TTB dan sebaliknya, berfungsi untuk membuka dan menutupi liang-liang tersebut.

ASAS KENDALIAN ENJIN DUA LEJANG


1. LEJANG MASUKAN DAN MAMPATAN
    • Apabila piston bergerak dari TTB ke TTA, liang masukan terbuka manakala liang ekzos dan liang pindah tertutup.
    • Campuran udara dan bahan api dan minyak pelincir 2T disedut ke dalam kotak aci engkol oleh separa vakum melalui liang masukan.
    • Campuran udara dan bahan api dan minyak pelincir 2T di atas kepala piston dimampatkan dan dinyalakan bila piston sampai ke TTA.
    •  Aci engkol berputar separuh pusingan iaitu 180°
    •  Apabila piston sampai di TTA, penyalaan berlaku. 

 

2. LEJANG KUASA DAN EKZOS
    • Lejang kuasa berlaku dan piston ditolak ke bawah dari TTA ke TTB.
    • Liang ekzos terbuka dan liang masuk tertutup.
    • Gas terbakar keluar melalui liang ekzos.
    • Liang pindah terbuka dan campuran udara dan bahan api masuk ke dalam silinder melalui liang pindah.
    • Aci engkol berputar satu pusingan iaitu 360°.
    • Piston bergerak dari TTB ke TTA dan kitaran berulang.


 

LikeTweet

Related Posts:

  • Enjin Bergegar Ketika Memecut'Enjin Bergegar Ketika Memecut' Masalah Anda : SAYA menggunakan motosikal Yamaha Lagenda 110. Masalah dihadapi apabila memecut antara kelajuan 8… Read More
  • Hilang Kuasa Pecutan'Hilang Kuasa Pecutan' Masalah Anda : SAYA mempunyai motosikal terpakai Yamaha TZM keluaran 1996. Pada awalnya prestasi motor ini memuaskan sehi… Read More
  • Jenis - Jenis Enjin'Jenis - Jenis Enjin' Enjin menyediakan kuasa untuk memacu roda kenderaan.Semua enjin automobil, samada petrol atau diesel dikelaskan sebagai enj… Read More
  • Kendalian Enjin 4 Lejang'Kendalian Enjin 4 Lejang' Apabila enjin dihidupkan, pembakaran campuran udara dan bahan api berlaku. Pembakaran ini menghasilkan tenaga yang m… Read More
  • Hidupkan Skuter Guna Tendang Amalan Baik'Hidupkan Skuter Guna Tendang Amalan Baik' Masalah Anda : SAYA menggunakan skuter Suzuki VS150. Saya ingin memastikan adakah benar setiap pagi p… Read More

0 comments:

Post a Comment