Sistem Brek yang dipasang pada motosikal adalah bertujuan untuk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan daripada terus bergerak apabila diperlukan. Operasi sistem brek biasanya menjadi satu aspek yang paling penting bagi setiap pemandu.
Umumnya terdapat dua jenis sistem brek yang digunakan pada motosikal masa kini, iaitu sistem brek hidraulik dan sistem brek mekanikal. Walaubagaimana pun kebanyakan motosikal masa kini menggunakan teknologi sistem brek hidraulik kerana kuasa pemberhentiannya lebih baik daripada brek mekanikal.
Sistem brek yang baik mestilah :-
- Berkebolehan memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki.
- Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada setiap masa.
- Tidak kehilangan kuasa brek.
- Tidak berkehendakkan larasan yang kerap.
- Sesuai untuk segala kelajuan,keberatan dan suhu.
Menservis Brek Gelendung (Drum Brake)
Mengeluarkan roda dari motosikal
Mengeluarkan rangkaian brek gelendung
Menanggalkan kekasut brek gelendung
Menukar dan memasang kekasut brek gelendung
Melaras kabel brek gelendung hadapan
Melaras gerak bebas brek gelendung belakang
Menservis Brek Cakera (Disc Brake)
Menukar pad brek cakera
Bahagian-bahagian utama brek hidraulik adalah seperti berikut :
- Silinder induk(master cylinder)
- Saluran paip brek(brake pipe line)
- Angkup brek(brake caliper)
- Pedal brek
Binaan asas silinder induk(master cylinder) Silinder induk dibina dalam dua bahagian utama iaitu takungan dan satu badan silinder induk. Takungan disediakan bagi membekalkan bendalir brek untuk mengendalikan sistem brek. Pada bahagian silinder mengandungi piston yang dipasangkan penyendal utama (primary rubber cup) dan penyendal pendua (secondary rubber cup). Spring dipasang di hujung piston bagi membolehkan piston kembali ke asal selepas membrek. Injap pampasan (check valve) pula dipasang dihujung silinder bagi mengekalkan tekanan didalam paip brek Dua liang keluaran disambungkan keroda menggunakan saluran paip brek. Satu gelang snap dipasang supaya dapat menahan komponen dalam silinder dari keluar Di bahagian luarnya pula terdapat pengadang habuk (dust cover) untuk mencegah kekotoran daripada masuk ke dalam silinder. Rod tunjal digunakan untuk menyambungkan tekanan dari pedal ke silinder induk.
Binaan asas Angkup brek(Brake caliper) Angkup brek biasanya mempunyai dua jenis iaitu:-
- Angkup Tetap (fix caliper)
- Angkup Apungan (floating caliper)
Jenis angkup tetap biasanya mempunyai 2 atau 4 piston brek yang dipasang secara bertentangan antara satu sama lain.Tiap-tiap silinder terdapat satu sesendal (seal). Sesendal ini berfungsi untuk menghalang minyak brek keluar dari silinder dan bersifat menarik balik piston ketempat asal bagi menyediakan satu kelegaan larian antara pad dengan permukaan disk.Manakala angkup jenis apungan (floating) mempunyai satu piston brek sahaja, tetapi saiznya agak besar dari saiz piston brek yang digunakan pada angkup tetap. Angkup brek biasanya digunakan bagi brek jenis disk (cakera).
Antara Brek Gelendung (Drum Brake) dgn Brake cakera..mana satu lebih baik?apa sebabnya tuan yg sistem ni lbh baik Dr yg satu tu..
ReplyDelete