Thursday, 23 April 2015

Hilang Kuasa Pecutan

'Hilang Kuasa Pecutan'

Masalah Anda :

SAYA mempunyai motosikal terpakai Yamaha TZM keluaran 1996. Pada awalnya prestasi motor ini memuaskan sehingga komponen ‘elektronik CDI’ rosak kerana tidak mengeluarkan api secukupnya.

Kemudian saya menukar kepada CDI diimport dari Thailand yang lebih murah, namun kuasa pecutannya terus hilang.

Mekanik menyarankan saya menukar 'power valve’ dan saya menukarkan dengan yang baru termasuk servo elektronik.

Bagaimanapun kuasa pecutannya tidak memuaskan. Adakah ini berpunca daripada komponen elektronik CDI?

Jawapan :

CDI bagi motosikal TZM mengawal bukaan dan penutupan power valve. Ia melaras bukaan pada sistem ekzos untuk disesuaikan dengan kuasa dan jumlah bukaan pendikit.

Semua sistem ini beroperasi secara menyeluruh dan perlu menepati julat diperlukan untuk menghasilkan kuasa pecutan sepatutnya, bagi memaksima prestasi enjin.

Ada kemungkinan CDI dipasang pada motosikal anda tidak menepati spesifikasi diperlukan dan memberi hasil negatif kepada prestasi enjin.

Anda boleh cuba meminjam CDI daripada rakan anda untuk dipasang kepada jentera dan membuat perbandingan untuk mendapatkan kepastian.

Bahagian enjin seperti peralatan elektronik dan CDI harus digantikan dengan yang tulen bagi mendapatkan hasil memuaskan. Sukar untuk memberikan pendapat tepat tanpa mengetahui secara terperinci peralatan ditukar, melainkan ia adalah alat ganti tulen.

LikeTweet

0 comments:

Post a Comment